PERHIMPUNAN 17-JAN-2011 ISNIN

Tarikh : 17-Jan-2011
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi

Intipati Ucapan:

Guru Bertugas En. Ahmad bin Taia
  • Tingkatkan semangat patriotik - Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah patut dinyanyikan dengan penuh semangat. Contohi pemain impot bolasepak Indonesia Gonzalez dari Uruguay yang bersemangat menyanyikan lagu Indonesia walaupun baru sahaja berada di Indonesia.
  • Tingkatkan kebersihan kelas dan persekitaran.
Tuan Pengetua Tn. Hj. Mohd Daud bin Tukiman
  • Terima kasih atas kerjasama menjayakan (Kem Nadwah 14-15-Jan-2011) dan Kem Pendidikan Moral (15-Jan-2011). Guru bertanggungjawab sila ambil tindakan kepada mereka yang tidak hadir.
  • Guru Tingkatan sila ambil tindakan SEGERA terhadap pelajar ponteng.
  • Kelemahan penguasaan B. Melayu perlu diberi perhatian serius.
  • Sila hargai kemudahan yang telah disediakan. Semua warga SMKDOJ diminta membantu pihak sekolah tangani vandalism. Laporkan segera.
  • Sila tutup suis lampu dan kipas apabila pelajar meninggalkan bilik darjah, kerusi meja juga mesti sentiasa tersusun.
  • Terima kasih kepada yang telah menyiapkan papan-papan kenyataaan persatuan.
  • Sabtu 22-Jan-2011 Hari Sekolah Ganti Tahun Baru Cina ikut jadual Hari Isnin.
Sekian.