PERHIMPUNAN ISNIN 24-JAN-2011

Tarikh : 24-Jan-2011
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Ilmu





Intipati:

Guru Bertugas Minggu Lepas En. Bakhtiar Izani:
  • ucapan terima kasih kerana ada peningkatan dari segi kebersihan kelas dan papan kenyataan
  • bagaimanapun perlu tumpuan lebih kepada tempat letak bakul sampah dan peralatan kebersihan di sudut kelas kerana kurang terurus, masih ada kelas yang sampahnya bertaburan di sekeliling bakul sampah
  • cara berpakaian terutama pemakaian tali leher masih belum kemas
En. Tan Liong Then
  • menggumumkan keputusan sukantara 2011
  • mengucapkan terima kasih atas kerjasama warga SMKDOJ membantu melancarkan perjalanan sukantara 2011.
  • pesanan kepada kepada pelajar tidak hadir agar merasa malu kerana tidak memberi sumbangan sebagaimana pelajar yang hadir
  • Keputusan: Johan- Wira Naib Johan - Waja KeTiga - Putra Ke Empat - Perdana ke Lima - Saga dan Ke Enam - Satria.
  • Piala Pusiangan disampaikan oleh Tuan Pengetua: Tn. Hj. Mohd Daud bin Tukiman kepada En. Razif Ketua Guru Pasukan Rumah Wira dan Kapten Rumah Wira.
Tuan Pengetua : Tn Hj. Mohd Daud bin Tukiman:
  • menekankan kesan masalah ponteng dan perlu diselesaikan dengan lebih bersistem
  • dapatkan maklumat mengenai ponteng yang disiarkan akhbar
  • kekemasan diri sila patuhi peraturan; Tudung hitam atau putih sahaja tanpa hiasan; bersepatu atau berkasut sahaja.
  • papan kenyataaan kelas dan persatuan
  • Larian Mahkota sebagai penyertaan pelajar peringkat negeri kerana dilakukan serentak seluruh Johor pada 12-Feb-2011; pelajar diminta terlibat kerana peluang menyertai acara peringkat negeri untuk direkodkan dalam sijil kokurikulum.
  • pergerakan pelajar mesti sentiasa beratur dan tutup suis sebelum meninggalkan kelas.
GPK Koko: En. Yeo Kee Huat
  • penerangan berkaitan Larian Mahkota yang akan berlangsung pada 12-Feb-2011.
Lain-Lain:
  • Latihan Majlis perlantikan pengawas 2011 bertempat di Dewan Al-Farabi selepas perhimpunan dan Jam 1.00 ptg.
Sekian, terima kasih.