2011 PERHIMPUNAN ISNIN 10-JAN-2011

Tugas rutin Unit Siaraya PSS menyiarkan Berita Jam 7.00 setiap hari sementara menunggu perhimpunan dimulakan. Tahniah kepada unit siaraya pss, semoga dapat menjalankan tugas tanpa jemu.


Intipati ucapan Tuan Pengetua Tn. Hj. Mohd Daud bin Tukiman di perhimpunan pagi Isnin 10-Jan-2011

  1. Tahniah kepada semua warga SMKDOJ atas kejayaan mendapat lonjakan saujana hasil PMR 2010. 2009 - 49% kepada 59% bagi 2010. PPD Batu Pahat telah menganugerahkan sijil penghargaan
  2. Berazam meningkatkan lagi pencapaian dengan sasaran tambahan 10% lagi bagi PMR 2011 dengan kedudukan ke-9 iaitu "Top 10" Batu Pahat.
  3. Menggesa semua pihak warga SMKDOJ dapat bekerja dalam satu pasukan
  4. Semua guru dan pelajar membawa buku planner setiap kali perhimpunan sebagai langkah mewujudkan 'Budaya Mencatat' sekaligus mengurangkan budaya suka berbual-bual atau bercakap.
  5. Menerap nilai murni hormat- menghormati.
  6. Semua persatuan dapat melengkapkan papan kenyataan unit/pasukan/persatuan masing-masing dengan kadar segera.

Gambar Penyampaian Sijil Pengiktrafan PPD Batu Pahat oleh Tuan Pengetua kepada Ketua-Ketua Bidang di atas pencapaian PMR 2010




Hari pertama latihan rumah sukan pelajar sesi petang bermula seawal jam 8.00 pagi